Album: -
Artis: Carleed Khaza ft. Natasha Hudson
Muzik Video: Jika Ku Boleh Ubah Dunia - Carleed Khaza ft. Natasha Hudson
Lirik Lagu: Jika Ku Boleh Ubah Dunia - Carleed Khaza ft. Natasha Hudson
[Carleed]
Maasalamah, Khaza
Satu ketika di dalam masa tidak kira bahasa atau agama
Mesti semua pernah ingin ubah dunia dan mungkin atau jika ini kehendakNya
Tetapi jika diberi peluang pertama yang kutukar adalah kuasa matawang
Matanya diatas segi tiga mata yang memerhati kita
Kuberikan kuasa kembali ke matahari supaya purnama berpancaran
Supaya dunia ini tidak keruan kejahilan sering dianggap syurga dunia
Jika ku boleh ubah dunia tidak lagi kita berperang hanya kenduri siang malam
Anak bumi sihat saja tiada kebuluran tiada penyakit tiada insurans perubatan
Jika ku boleh ubah dunia kupancarkan kuasa kasih sayang dan kesederhanaan
[Chorus Natasha]
Oh kita semua manusia mahu semua berbeza
Pergilah bayangkan kuasa yang kita tak punya
Bencana yang ditimpa semua menutup mata
Keindahan dunia ini hanyalah seketika
Dua ketika di dalam masa
Masih tak kira bangsa atau negara kini kita berada di alam binasa
Bagaimana bina semula pemberian semesta Maha Esa
Dialam binasa segala kehijauan keindahan warna warni semulajadi tidak sesuci
Umpama diracuni khazanah tidak lagi disayangi
Sembah teknologi kini dikecami tanpa disedari tiada revolusi
Yang boleh melahirkan bumi tiada peluang buat kita sekali lagi
Jadi jika ku boleh ubah dunia (dunia)
kemodenan yang boleh mengaib umat manusia (manusia)
Dijalankan dengan tanggungjawab bersama (bersama)
Agar dunia segar ini masih kita punya
[Ulang Chorus Natasha]
-- Menadahkan sepuluh jari bertaubat pada Ilahi
Bersyukur kita masih di sini
Berdiri teguh di atas bumi
-- Cuma diriku ingin sesuci seperti bidadari
Agar tuhan berkati diriku
Takdir ini atas kuasa Ilahi
[Carleed]
Jika jika dan jikalau dunia ini kupunya
Tiada dan hanya sebuah lukisan nukilan jiwa-jiwa warga kota
Jujur syukur tak lupa agama dan maruah bangsa
Dan jika ku boleh ubah dunia kupinta agar doa dimakbulkan segera (akhirnya)
Dunia ini bukan milik kita selamanya jika diizin Ilahi saja
[Ulang Chorus Natasha]
Maasalamah
Jika ku boleh ubah dunia
Aku hanya -- perang