31 Mar 2012

# 'Bawaku Pergi' Diharamkan Kerajaan Malaysia



Lagu Bawaku Pergi Diharamkan, Malique Terkilan Zizan Terdiam

Lagu Bawaku Pergi nyanyian kolaborasi Kaka dan Zizan secara rasminya diharamkan keudaraannya oleh Kerajaan Malaysia beberapa hari lalu setelah sempat memeriahkan carta radio tempatan selama beberapa minggu. Bait lirik kontroversi lari rumah ini mula ditimbulkan pengkritik, mungkin atas dasar suka-suka mahu menghayati dan mengkritik, namun kesannya amat serius apabila kerajaan menubuhkan satu jawatankuasa khas dan serta merta lagu 'Bawaku Pergi' diterbitkan Warner Music ini di sekat, lupus terus dari arus muzik semasa.

Apapun, jika dibaca lirik ini sebagai remaja bermasalah, lirik lagu Bawaku Pergi ini logiknya memang boleh mendorong lari dari rumah.

Sejak kali terakhir kau hantar pulang
Hidup sungguh sepi
Tolong jangan bilang mama
Tolong jangan bilang papa
Malah jangan bilang teman karibmu
Jangan bilang sesiapa
...

Bawa aku pergi
Pacu laju-laju
Kita lari dari realiti
Bawa aku pergi
Pacu laju lagi
Malah kita
Tak perlu kembali

Malique bagaimanapun menafikan tuduhan lari rumah ini melalui kenyataan rasmi berikut:

Pada tahun 1998, saya menulis lagu PERGI JAUH untuk isteri saya. Lagu itu berkisarkan kami yang berangan-angan untuk pergi bercuti di tepi pantai Bali. Pada tahun 2012 pula, saya menulis lagu BAWAKU PERGI sebagai susulan kepada lagu PERGI JAUH. Lagu ini berkisar mengenai kehidupan saya yang setelah beberapa tahun berkahwin tapi masih sibuk dengan kerja dan jarang-jarang dapat pulang bersama dengan isteri.

Di youtube pula, Bawaku Pergi juga dipadamkan dan ini komen tulus ikhlas kenapa Bawaku Pergi dipadamkan:

"Bawaku Pergi - Zizan & Kaka..." This video is no longer available due to a copyright claim by malique says f*ck you to negative listeners.
Jobdirumah Review
Jobdirumah Review