10 Jun 2012

# 4 Album Kompilasi Sudirman Terbaru 2012



4 Buah Album Baru Komplasi Sudirman 

Tahun ini, banyak juga konsert Sudirman berlangsung sempena mengenang 20 tahun pemergian Sudirman. Dan kini semenjak Februari 2012 lalu, Warner Music Malaysia berbesar hati menerbitkan album kompilasi terbaru Sudirman, bukan satu tapi empat buah album kompilasi yang memuatkan lagu-lagu popular Sudirman sepanjang hayatnya sebagai penghibur #1 di Malaysia.

1. 101 Sudirman (2012) RM39.90
101 Sudirman (2012) merupakan salah satu album kompilasi lagu-lagu nyanyian oleh Sudirman Hj Arshad. Menariknya, album ini menampilkan susunan lagu mengikut turutan aksara. Album ini memuatkan enam keping cakera padat di dalam bentuk set kotak (box set).

2. Aku Sudirman Suatu Interpretasi (2012) RM26.90
Album kompilasi lagu-lagu nyanyian daripada Sudirman Hj Arshad yang dinyanyikan semula oleh beberapa artis lama dan baharu seperti Kumpulan Hujan, Adira, Saleem dan ramai lagi.

3. OST Hoore Hoore
Memuatkan 13 buah lagu yang dipetik daripada sebuah filem muzikal Hoore! Hoore! yang menggunakan rangkaian lagu-lagu popular Allahyarham Sudirman dan sebuah lagu baru ciptaan Audi Mok 'Idola' dinyanyikan oleh Azlan & The Typewriter. Lagu-lagu Sudirman dalam album kompilasi ini kekal liriknya tetapi digubah/ dinyanyikan semula oleh barisan artis/penyanyi baru dan lama.

4. Aku Sudirman (2012) RM27.90
Memuatkan sebanyak 30 buah lagu-lagu beliau yang menjadi kegemaran sepanjang zaman. Antara lagu-lagu yang dimuatkan dalam album ini adalah "Merisik Khabar", "Jauh Di Sudut Hati", "Teratai Menjelma", "Salam Terakhir" dan "Pelangi Petang".

Keempat-empat album kompilasi unik Sudirman ini boleh didapati di kedai-kedai/cd muzik berdekatan.
Jobdirumah Review
Jobdirumah Review