5 Jun 2012

# Kontroversi Instagram Kaki Yuna

Kontroversi Instagram Kaki Yuna 

Baru-baru ini Yuna dah upload (instagram) sekeping gambar kaki (dua belah kaki dirapatkan dengan seluar sampai buku lali tanpa sandal diatas dashboard depan kenderaan) semasa dalam perjalanan di sebuah jalanraya semasa tour menuju ke Chicago sebagai suatu interpretasi kreatif kepada dunia. Niatnya, imej kaki dengan jalanraya sebagai latar memberi maksud tersirat dia Yuna "harus melangkah ke hadapan untuk mencapai kejayaan".

Namun, Yuna dengan sedari awal kemunculannya lagi telah menggolongkan dirinya sebagai perempuan muslimah moden, kini dimaki hamun peminat (komen negatif pedas amat membunuh di instagram gambar tersebut) atas isu kaki adalah aurat seorang wanita yang tidak harus dipertontonkan. Kalau dulu isu skinny jeans, kemudian isu turban (mengganti tudung) sebagai cara untuk Yuna blend di LA, sekarang isu kaki. Kalau dulu gambar di Tumblr Yuna menjadi bahan kritikan (isu merepek fesyen tudung sister), kini Instagram pula.

Kepada peminat, kena faham Yuna bukanlah penyanyi nasyid, dan Yuna jika dilihat dari sudut yang lain sebenarnya adalah sedikit ranggi, dengan imej jeans, t-shirt kecil dan tudung lilit (sekarang turban) kegilaan remaja Malaysia sekarang, dan dianggap biasa di mana-mana.

[Bagi yang loose] Kalau bab agama, di Malaysia ni masing-masing sebenarnya dah tahu; pendidikan agama Islam dipelajari sejak tahun satu hingga tingkatan lima/ enam. [Bagi yang ekstreme] Dan kita juga kena tahu, ada kumpulan muslimah di Malaysia yang jumud pelik.

Hadis kaki adalah aurat:
Jobdirumah Review
Jobdirumah Review