25 May 2013

Akademi Fantasia 10? Akademi Fantasia 2013

Akademi Fantasia 10? Akademi Fantasia 2013

AF10? AF Ten? AF Musim 10? AF 2013? Akademi Fantasia 2013? Apakah? Bukan Akademi Fantasia dah diumumkan takkan wujud lagi ke? Cari-cari terjumpa nie..

Akademi Fantasia 10

Menuju Puncak! Gemilang Cahaya!

Nampaknya ada majlis pengumuman Akademi Fantasia di The Curve KL pada 23 Mei 2013. Astro melihat Akademi Fantasia sebagai jenama dominan, dengan beberapa artis yang masih berjaya samada sebagai artis, pengacara, pelakon kelahiran Akademi Fantasia lalu seperti Aril, Aizat (penulis lirik kreatif), Zahid, Marsha (pengacara) Adira (Ratu lagu tema), Hafiz (Raja vokal) dan lain-lain.

Menuju Puncak Akademi Fantasia 10

A) Secara logiknya, Astro Entertainment mahu menggunakan kembali jenama Akademi Fantasia (AF10) untuk kembali memeriahkan hiburan melalui beberapa pembaharuan:

1. Mengguna media sosial (facebook, twitter, instagram) dalam menjayakan Akademi Fantasia 10
2. Menyuntik elemen segar terbaru
3. Memberi sebuah musim kebangkitan industri hiburan melalui Akademi Fantasia 10
4. Mengukuhkan jenama Akademi Fantasia sebagai aset penting Astro

Lagu Tema Rap
Lagu tema Akademi Fantasia 2013 'menuju puncak' masih sama tetapi dilajukan sikit dengan penambahan elemen rap dalam muzik.

Logo AF2013/ AF10 Moden
Logo Akademi Fantasia 10 lebih ringkas dan futuristik, dalam 3D. My opinion? Logo ni tak lawa.

Logo Baru Akademi Fantasia 10

Pengacara AF2013 Baru
Zizan diwar-war sebagai bakal pengacara bagi Akademi fantasia 2013, jadi akan ada elemen lawak dalam AF2013 nanti

Pengacara Baru Akademi Fantasia 10

Bila Mula Bersiaran?
Secara rasminya Akademi Fantasia 10 bakal bersiaran di Astro sekitar bulan September, lepas raya Aidilfitri. Jadi boleh bersedia untuk pemilihan /ujibakat mulai sekarang.

B) Minat Menyertai?
Akademi Fantasia 2013 boleh disertai kini samada secara..
1. Solo
2. Duet
Jadi sesiapa yang mahu mencuba nasib/ mengetengahkan bakat dalam Akademi Fantasia 2013, boleh sertai ujibakat online mahupun ke lokasi ujibakat berikut:

Lokasi Uji Bakat (9am-1pm)

1. Johor (1 & 2 Jun 2013)
Hotel The Zon, Johor Bahru
2. Pulau Pinang (8 & 9 Jun 2013)
Hotel Vistana, Pulau Pinang
3. Sarawak (15 & 16 Jun 2013)
Hotel Merdeka Palace, Kuching
4. Sabah (22 & 23 Jun 2013)
Hotel Promenade, Kota Kinabalu
5. Selangor (29 & 30 Jun 2013)
Shah Alam Convention Centre (SACC), Shah Alam

Syarat-Syarat Uji Bakat Akademi Fantasia 10 (2013)

1. Terbuka kepada peserta Solo dan Duo
2. Berumur 18-35 tahun pada tarikh hadir ujibakat
3. Terbuka kepada Warganegara Malaysia dan Singapura
4. Bawa Salinan IC dan 2 keping gambar berukuran 4R (gambar profil dari paras pinggang)
5. Bebas menyanyikan sebarang genre lagu secara acapella.
6. Penyertaan juga boleh dihantar secara online (23 Mei 2013 sehingga 29 Mei 2013) seperti berikut: Emel borang yang lengkap dan url video youtube anda ke akademifantasia@astro.com.my

Mahu lebih lagi tentang Akademi Fantasia 10 2013?
Web rasmi AF2013

(Video) AF Skop #1 Adira AF8
Jobdirumah Review
Jobdirumah Review