30 May 2013

Mior Juara Akhir Kilauan Emas 3

Mior Juara Kilauan Emas 3

Kilauan Emas 3. Suatu rancangan realiti nyanyian astro yang dah masuk musim ke-3. Lebih meriah, lebih hebat. Dibintangi oleh warga-warga emas, saya percaya Kilauan Emas 3 telah memberikan yang terbaik dalam memberi satu platform hiburan kepada orang tua di setiap rumah di Malaysia. Kilauan Emas 3 boleh dikatakan 'berjaya hidup' dalam persepsi 50-50 masyarakat Malaysia yang masih taboo tentang cara orang tua enjoy. Mama saya peminat drama korea memang suka tengok Kilauan Emas. Tapi ayah saya yang memang serius 24 jam dan kerap ke masjid memang sindir sikit-sikit.

kilauan emas 3 final

Apa-apa pun, Mior seorang bapa kepada 7 orang anak telah berjaya menjadi juara Kilauan Emas 3 kelmarin. Hadiah memang hebat.

Juara Kilauan Emas 3 - Mior (44 Tahun)
1. Nissan Grand Livina X-Gear
2. Wang RM50,000
3. Anugerah khas juri RM5,000

Gambar Grand Livina X Gear

Naib Juara - Idris (51 Tahun)
1. RM30,000

Ke-tiga - Silah (52 Tahun)
1. RM15,000

Anugerah Khas Personaliti Polident - Ros
1. RM10,000

Melihat kepada jumlah undian SMS...
1. MIOR - 29.5%
2. IDRIS - 26.4%
3. SILAH - 22.9%
4. ALINA - 21.2%

Boleh dikatakan Kilauan Emas 3 bukanlah suatu pertandingan, tetapi rancangan realiti nyanyian suka-suka dengan hadiah lebih besar setiap musim. Walau apa pun, saya percaya Polident berhak untuk meneruskan siaran Kilauan Emas tanpa kutukan kerana tentatif program rancangan ini tidaklah teruk. Polident (syarikat global GlaxoSmithKline) dapat kukuhkan jenama pelekat gigi palsu, ubat gigi tahan rasa ngilu gusi, pil overnight whitening dll dan peserta veteran kita dapat sejumlah hadiah buat tambah bekal pencen. Pakcik-pakcik yang menyertai amat sporting dan bersahaja, begitu juga dengan makcik-makcik, tapi ada jugalah segelintir makcik-makcik urban kita yang masih mahu 'sexy', tapi yang lain semua okay saja.

PS: Tapi saya tak rasa juara-juara kilauan emas hanya menyanyi di pentas dan balik duduk diam di rumah, mereka dibawa ke kebanyakan event 'sambutan' oleh pihak Astro sepanjang musim Kilauan Emas 3.
Jobdirumah Review
Jobdirumah Review