18 Jun 2013

Bengkel Bakat On Air Astro 2013

Rancangan Realiti TV On Air Astro 2013

Ingat tak rancangan realiti pengacaraan bercorak temuduga 'On Air' di Astro? Nampaknya rancangan ni bakal ada lagi di masa terdekat.

Tapi yang menariknya, sebelum apa-apa diumumkan, ini ada lagi pengumuman terawal. Pengacara tersohor tanahair Aznil Haji Nawawi (selaku pengelola On Air) bakal terlebih dahulu mengadakan..

Bengkel Bakat On Air Astro 2013

Bengkel Bakat On Air Astro 2013 / On Air Talent Workshop 2013
Tarikh: 6 & 7 Julai 2013
Tempat: Studio 2, Astro
Masa: 8AM
Had Umur: 18-27 Tahun

Mereka yang menyertai Bengkel Bakat On Air Astro 2013 ini akan menjalani kelas-kelas latihan asas yang merangkumi cara pengendalian sesuatu program, ciri-ciri untuk menjadi pengacara yang bagus, kemahiran asas apabila berhadapan dengan kamera, teknik-teknik bertutur dan juga kelas tata rias.

PS: Bengkel Bakat On Air Astro 2013 diatas adalah terbuka, kalau tidak mahu join 'Realiti TV' On Air Astro pun tidak mengapa, dapat sijil juga.

PS: Sesiapa yang mahu menyertai rancangan realiti TV On Air 2013 kali ini perlu ikut kursus On Air Talent Workshop 2013. Temuduga (pemilihan bakat) untuk menyertai On Air 2013 bakal diadakan pada hari bengkel terakhir 7 Julai 2013.

Realiti TV On Air Astro 2013

Mahu Menjadi Pengacara Penyiaran TV? 
Sila ikut jalan kerjaya penyiaran yang disediakan khusus oleh Astro ini. Tidak perlu apa-apa sijil/ ijazah pun. Yang penting kesungguhan dan praktik ilmu yang diajar serta kemampuan untuk mencapai/ menepati piawai bidang pengacaraan Astro.
1. Sertai Bengkel Bakat On Air Astro 2013.
2. Dapat Sijil Bengkel Bakat! Boleh hadiri temuduga realiti TV On Air Astro
3. Lulus! Astro akan hantar anda untuk menghadiri Bengkel Kemahiran Pembangunan OATM, Basic On Air Talent (BOAT). Kursus intensif teori & praktikal bidang penyiaran & pengacaraan dikendalikan oleh pakar-pakar dalam industri penyiaran
4. Lulus BOAT? Bakal dapat kerja pengacaraan di program-program TV tempatan & Astro

PS: Agaknya semua level temuduga.kursus (Kecuali bengkel awal di #1) diatas akan dilakukan secara 'realiti TV'.

Lanjut? Sini
Jobdirumah Review
Jobdirumah Review