Artis Famous Jadi Peserta AF 2013
Okay, ujibakat selama sebulan untuk program realiti TV paling popular di Malaysia, Akademi Fantasia 2013 dah tamat. AF 2013 bakal bersiaran selepas raya nanti. Sebagai pembuka tirai, ada dua orang artis yang sudah ada 'lulus' di hari pemilihan (sesi ujibakat) Akademi Fantasia 2013.
Arja Lee (Pelakon doktor dalam drama Misiku Kuza Astro Maya HD) dan Fida Ibrahim telah disenarai pendek sebagai lulus dalam sesi ujibakat di Shah Alam baru-baru ini. Jadi Arja Lee bakal mara ke peringkat seterusnya. Arja Lee sememangnya sudah lama berminat untuk menjadi penyanyi, dan ini masa terbaik bagi Arja Lee untuk menggapai impian.
Fida Ibrahim mendapat markah yang tinggi dari dua juri, walaupun mendapat sedikit tentangan tentang antara juri atas faktor Fida yang sememangnya sudah popular sebagai penyanyi, dan keperluannya menyertai Akademi Fantasia 2013 dilihat sebagai tidak perlu. Tapi, apa-apa pun Fida sah sebagai antara calon yang mungkin bakal berada di pentas Akademi Fantasia 2013.
Iz FearFactor dan Saiful OIAM juga ada pergi sesi ujibakat untuk Akademi Fantasia 2013 kali ini. Namun, Saiful OIAM tersingkir awal, jadi yang tinggal sekarang hanyalah Iz FearFactor, yang bakal berentap untuk menjadi peserta Akademi Fantasia 2013.
Update 6 Julai 2013: Ni.. Asfan 'Tak Cuba Kembali' kan? Asfan pun masuk AF 2013? Makin meriah nampaknya rancangan realiti TV nyanyian ni. Syabas Astro.
PS: Apa-apa pun, kita sambut ramadhan dulu, kemudian raya, kemudian baru Akademi Fantasia 2013. Menuju puncak!
(Gambar) Sekitar Audition KL Akademi Fantasia 2013
3 Jul 2013
Artis Famous & Selebriti Jadi Peserta AF 2013
Komen / Comments
Klik sini (Show comments)
Seterusnya
Mahir Bermain Gitar Dengan Cepat
Kejutkan teman dan diri sendiri mampu bermain gitar lagu digemari dalam masa singkat (BelajarGitar)
Kejutkan teman dan diri sendiri mampu bermain gitar lagu digemari dalam masa singkat (BelajarGitar)