27 Jul 2013

Pertandingan Cipta Lagu Nasyid 2013

Pertandingan Cipta Lagu Nasyid 2013 
Festival Ramadan

Dengarkan lagu-lagu nasyid ciptaan baru ini dan undi lagu yang paling anda sukai untuk Pertandingan Cipta Lagu Nasyid bersempena Festival Ramadan 2013. Untuk memudahkan anda memilih lagu nasyid kegemaran anda, sila klik banner di bawah untuk ke laman yang kami setup khas untuk memudahkan anda mendengar lagu-lagu, lengkap dengan cara mengundi secara SMS. Semarakkan Ramadan bersama kami!

Semarakkan Seni Budaya bersama JKKN (Jabatan Kesenian & Kebudayaan Negara) & Radio IKIM (Institut Kefahaman Islam Malaysia).

Festival Nasyid 2013 Ramadan JKKN IKIM

Update: 
Penghantaran lagu telah ditutup, anda sebagai pendengar kini berpeluang mengundi memilih lagu-lagu nasyid yang dicipta peserta secara SMS. Caj sms hanyalah RM0.50 setiap undian.

Ada 16 lagu nasyid yang dipertandingkan, sila pergi ke web JKKN, dengar lagu-lagu yang dipertandingkan dan undi lagu-lagu nasyid kesukaan anda.

Penyingkiran Pertama: 28 Julai 2013
- 3 lagu nasyid terbawah (kurang undian) akan disingkirkan

Penyingkiran Kedua: 4 Ogos 2013
- 3 lagi lagu nasyid terbawah (kurang undian) akan disingkirkan

Tarikh tutup undian (akhir): 18 Ogos 2013
- 10 lagu akhir dipertandingkan
Jobdirumah Review
Jobdirumah Review