3 Jul 2013

iPad Mini | SimplySiti's Lebih Indah Parody Contest

SimplySiti's Lebih Indah Parody Contest

Contest Dateline: 9 Julai 2013

SimplySiti baru-baru ini telah mengeluarkan muzik video 'Lebih Indah' untuk produk baru wangian (perfume) dibintangi Zain Saidin. Muzik Video Lebih Indah ini memaparkan seorang jejaka tampan, memandu kereta sports antik dengan penuh gaya dan mewah tetapi.. ada konflik antara dua gadis dipenghujungnya dan muzik video ini sendiri adalah pendek, berdurasi 2:00 minit sahaja.

video parody SimplySiti HIM perfume MISS or HER

Seakan ada yang tidak lengkap pada muzik video lebih indah ini. Rupa-rupanya.. SimplySiti ingin mengajak peminat untuk turut serta dalam memeriahkan perfume SimplySiti dengan membuat satu contest mudah. Anda diminta untuk membuat satu video parody, hantar dan klip video paling banyak menerima 'Like' akan dinobat sebagai juara.

- - -
Hadiahnya:
1 x iPad Mini
3 x Tiket 'A Day Out With Siti Nurhaliza'
+ Hadiah saguhati
'A Day Out With Siti Nurhaliza'
- - -

Tak pasti lah kemana Siti Nurhaliza akan 'Day Out' kali ini. Kalau yang dulu bulan May, Siti Nurhaliza pernah buat Day Out bersama ramai peminat ke Legoland Malaysia.

Syarat Video Parody:
1. Buat video ending (parody) tentang tentang siapa yang zain (perfume HIM) akan pilih, gadis perfume MISS or gadis perfume HER?
- mesti paparkan perfume HIM atau HER dalam video anda tu.
- mesti guna lagu latar dari web SimplySiti
2. Upload ke youtube, tag kan url ke facebook SimplySiti
3. Ajak rakan taulan Like Like Like url video anda di facebook SimplySiti

SimpySiti Perfume HIM MISS HER

PS: Kepada sesiapa yang tak tahu, SimplySiti adalah jenama produk kecantikan & penjagaan diri berstatus halal, bertaraf antarabangsa (kebanyakan diimport dari hasil makmal kajian di korea), dan dipasarkan dengan harga yang lebih berpatutan berbanding produk-produk yang setara dengannya.
Jobdirumah Review
Jobdirumah Review