27 Aug 2013

Aweera (Mojo) Mengaku Karier Terjejas Akibat Muflis

Aweera Mengaku Karier Terjejas Akibat

Vokalis hensem kumpulan Mojo, Aweera, belia 22 tahun, yang terkenal dengan lagu Andaiku Bercinta Lagi mengesahkan yang dia sebagai peminjam wang telah diisytiharkan muflis akibat hutang lama yang diambilnya ketika berusia 19 tahun. Untuk apa hutang tu diambil, tidak pula diberitahu.

Aweera Mojo Muflis 2013

Kes muflis Aweera diketahui umum apabila ada peminat yang mengecam nama Aweera sebagai penama yang diiklankan (disebarkan) sebagai muflis dalam sebuah akhbar tempatan pada 11 Julai 2013.

Namun, langkah bijak nampaknya telah diambil dengan kes muflis Aweera kini dalam perbincangan dengan Jabatan Insolvensi Malaysia, yang memang kerja mereka membantu mangsa muflis samada sengaja ataupun tidak, membantu sebaik mungkin berkaitan hutang, penstrukturan semula hutang dan cara terbaik membayar semula.

Muflis Jabatan Insolvensei Malaysia

Walaupun undangan nyanyian dan persembahan muzik Mojo masih berjalan seperti biasa, sebagai individu dengan status muflis, Aweera mengaku keadaan ini sedikit sebanyak mengganggu karier secara tidak langsung, dan telah menjadi pengajaran buatnya.

Vikingdom 2013 OST

PS: Mojo khabarnya kumpulan yang menyanyikan lagu tema rasmi (OST) untuk filem bajet besar KRU Studios yang baru, Vikingdom.
Jobdirumah Review
Jobdirumah Review