24 Aug 2013

Fakulti Akademi Fantasia 2013

Inspirer Akademi Fantasia 2013

Dua tiga hari ni, ada keluar iklan berkaitan Akademi Fantasia 2013 di Astro. Agak gah dengan Dato' Siti Nurhaliza sebagai watak utama dan lain-lain figura industri muzik Malaysia sebagai company-man digelar Inspirer (aka sumber inspirasi).

inspirer af2013 idol

Siaran Langsung (Prelude) Akademi Fantasia 2013 (TV):
1. Saksikan Galaxy AF mulai 2 September, Isnin - Khamis jam 9.00 malam.
2. Konsert Prelude Top 24 pada 6 September (Jumaat) jam 9.00 malam.
3. Konsert Prelude Top 12 (Siaran Langsung) pada 7 September (Sabtu) jam 9.00 malam.
* Siaran serentak di Astro RIA (104) dan Maya HD (135). Juga di Astro On-The-Go.

Rupa-rupanya, ini merupakan barisan orang berkuasa dalam Akademi Fantasia 2013 nanti yang bakal bersiaran dalam seminggu dua sahaja lagi. Pihak Akademi Fantasia menggelarkan program mereka sebagai satu 'institusi pengajian tinggi' dengan tahap profesional berkualiti tinggi menepati keperluan industri muzik, dan barisan ikon yang diiklankan kali ini menjadi nadi penggerak / pengajar / pemimpin kepada satu set lengkap sebuah Fakulti di Akademi Fantasia 2013.

Inspirer Akademi Fantasia 2013:
Dato' Siti Nurhaliza
Faizal Tahir
Melly Goeslow

Pengajar Akademi Fantasia 2013: 
Shafi Sharif - Guru Vokal
Fizz Fairuz - Guru Seni Persembahan
Suhaili Michelin - Koreografer
Alam Wakaka - Koreografer

pengajar AF2013

Jadual Siaran Langsung (TV) Akademi Fantasia 2013:
1. AF Buzz (Siaran Langsung) setiap Isnin jam 9.00 malam.
    - Hos Hanis Zalikha, Shafinaz Selamat & Hos Misteri
2. Diari AF (Hos setiap Selasa, Rabu dan Khamis jam 9.00 malam.
    - Hos Hefny Sahad
3. T.G.I.A.F. (Siaran Langsung) setiap Jumaat jam 9.00 malam.
    - Hos/ Panel Hanis Zalikha & Najip Ali
4. Konsert AF (Siaran Langsung) setiap Sabtu jam 9.00 malam.
    - Hos Misteri (Zizan Razak??)
* Siaran serentak di Astro RIA (104) dan Maya HD (135). Juga di Astro On-The-Go.

AF 2013. Kebangkitan Bintang Sebenar.
Jobdirumah Review
Jobdirumah Review