6 Aug 2013

Hari Raya Ini Dalam Sejarah - MonoloQue

Hari Raya Ini Dalam Sejarah - MonoloQue
Tajuk Lagu/ Song Title: Hari Raya Ini Dalam Sejarah
Artis/ Artist: MonoloQue
Album/ Info: Inderaloka 2013

Video Muzik/ Music Video: Hari Raya Ini Dalam Sejarah - MonoloQue
Youtube
(Official Audio)

Lirik Lagu/ Lyrics: Hari Raya Ini Dalam Sejarah - MonoloQue Lupakan sementara
Segala duka nestapa
Hari ini hari raya
Hari bahagia lagi mulia

Kota konkrit lengang sunyi
Terkedu sayu di dalam hati
Tatkala mendengar takbir berbunyi

Siang malam bertungkus lumus
Mencari rezeki nasi sebungkus
Apa yang terdaya cukup bermakna
Hari ini teristimewa

Terangkan semula
Hati yang gelap gelita
Hari ini hari raya
Hari bahagia lagi mulia

Hentikan porak peranda
Nikmati suasana
Gelak ketawa untuk seketika

Yang terputus elok disambung
Yang retak elok dijahiti
Tak kira fahaman mana yang kau disanjung
Kanan dan kiri dihormati
Pangkat dan darjat tiada erti
Bersama-sama

Rehatkan sementara
Sengketa di antara kita
Hari ini hari raya
Hari bahagia lagi mulia

Bulan lain berlumba-lumba
Kejar mengejar dunia
Tiba sudah bulan bermakna
Semuanya cukup sempurna
Yang termampu
Sudah cukup sempurna
Yang termampu
Sudah cukup sempurna

Cambahkan tindak balas
Kimia di antara kita
Hari ini hari raya
Hari bahagia lagi mulia

Terangkan semula
Hati yang gelap gelita
Hari ini hari raya
Hari bahagia lagi mulia

Hari ini hari raya
Hari yang teramat istimewa
Istimewa, istimewa
Hari ini hari raya
Jobdirumah Review
Jobdirumah Review