4 Sep 2013

AF2013: Prelude 2 & Undian Galaxy Entry

AF2013: Prelude 2 & Undian Galaxy Entry

AF2013 (Akademi Fantasia 2013) sudah bermula. Bermula dengan pemilihan peringkat pengenalan digelar Konsert Prelude. Dijangkakan AF2013 akan bermula meriah dengan 24 orang peserta yang 'lulus' pada pemilihan ujibakat AF2013 sebelum raya lalu untuk beraksi di pentas pada Konsert Prelude 2. Jadi, kepada penonton yang sedia membantu peserta kesukaan atau mahu menolong peserta anda untuk 'menuju puncak', sila muatturun applikasi android (mobile) Galaxy Entri dan bersedia untuk mengundi.

KONSERT MINGGUAN: Setiap Sabtu - 9 Malam
AF BUZZ, DIARI AF DAN TGIAF: Setiap Isnin hingga Jumaat - 9 Malam

Galaxy Entri AF 2013

Prelude 2 & Galaxy Entri
Prelude 2: 6 September 9:00 Malam
Nampaknya Samsung telah menjadi jenama rasmi (sponsor) bagi AF2013. Untuk pertama kalinya Galaxy Entri diperkenalkan. Galaxy Entri adalah applikasi Android (boleh didapati di Google Play), yang membenarkan pengguna applikasi memilih dan mengundi dua orang peserta (1 lelaki, 1 perempuan) untuk lepas masuk ke fakulti Akademi Fantasia AF2013.
- Pengguna applikasi android Galaxy Entri terhad mengundi sebanyak 5 undian sahaja.
- Dibenarkan menggunakan 5 undi untuk seorang peserta Prelude 2 AF2013, atau guna 5 undi untuk peserta Prelude 2 AF2013 yang berlainan.
- Pengundian berlangsung selama 24 jam (mula 6 September 2013 selepas persembahan Prelude 2 dan berakhir pada 7 September 213 jam 10PM)

Prelude 3 & Prelude AF Top 12 (AF 2013)
Prelude 3: 7 September 9:00 Malam
- Di akhir Prelude 3 pada 7 September 2013, pengacara akan mengumumkan undian tertinggi peserta lelaki dan perempuan.
- Dua peserta AF2013 (1 lelaki, 1 perempuan) yang menerima undian tertinggi melalui aplikasi android Galaxy Entri akan diumumkan pada Konsert Prelude AF Top 12 di Kuantan.

Akademi Fantasia 2013
Pra Konsert: 13 September 9:00 Malam
Konsert AF 2013: Mula 14 September 9:00 Malam
Nampaknya, selepas saringan konsert prelude, akan ada 12 peserta akan mara ke menjadi pelajar rasmi (bintang industri muzik) Fakulti AF2013.

. . . . . 

Cara mengundi melalui Galaxy Entri AF2013

Android App Galaxy Entri Astro AF2013

Penguna memerlukan ID Astro untuk daftar masuk dan mengundi. Jika tiada ID Astro sila ke “In- App” untuk mendaftar. Anda tidak perlu menjadi pelanggan Astro untuk mendaftar.
Jika sudah mendaftar, sila ke Galaxy Entri untuk mengundi.
Anda hanya boleh mengundi untuk peserta yang sama, atau yang berlainan sebanyak 5 kali pada masa yang sama.
Talian undian hanya akan dibuka pada 6 Sep 2013 selepas konsert prelude tamat hingga 7 Sep 2013 jam 10 mlm.

. . . . . 
Jobdirumah Review
Jobdirumah Review