19 Sept 2013

Qunut Nazilah - UNIC

Qunut Nazilah - UNIC
Tajuk Lagu/ Song Title: Qunut Nazilah
Artis/ Artist: UNIC
Album/ Info: Doa 2013 / ℗ 2013 UNICDOTMY Pro Sdn Bhd

Video Muzik/ Music Video: Qunut Nazilah - UNIC
Youtube

Lirik Lagu/ Lyrics: Qunut Nazilah - UNIC
Doa dalam bahasa Arab (lihat sini)

Ya Allah
Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh2 kami
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan2 mereka

Ya Allah
Leburkanlah kumpulan2 mereka
Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka
Goncangkan pendirian mereka
Dan hantarkanlah anjing2 kamu kepada mereka

Wahai tuhan yang gagah perkasa
Wahai tuhan yang penuh raksasa
Wahai tuhan yang bersifat murka
Ya allah Ya allah Ya allah Ya allah
Wahai tuhan yang menurunkan kitab
Wahai tuhan yang mengarakkan awan
Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab

Kalahkan mereka
Kalahkan mereka
Kalahkan mereka
Dan menangkan kami ke atas mereka

Muat Turun MP3/ MP3 Download: Qunut Nazilah - UNIC
iTunes

Info Tambahan: Qunut Nazilah
Qunut Nazilah sunat dibaca ketika dianiaya atau ditimpa musibah (dalam bahaya).

Cara Membaca Qunut Nazilah
Bacaan Qunut Nazilah ini boleh dilakukan pada setiap solat fardhu: Zohor, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh. Ia dibaca pada rakaat terakhir selepas bangun dari Ruku' untuk 'Itidal. Doa dibaca ketika berdiri untuk I'tidal. Ada tiga cara membaca doa tersebut.

Imam boleh memilih salah satu dari cara-cara berikut:
(1) Membaca doa Qunut sepertimana yang biasa dibaca ketika solat Subuh.
(2) Membaca doa Qunut Nazilah sahaja sepertimana yang di dalam lampiran
(3) Membaca doa Qunut subuh dan diikuti dengan doa Qunut Nazilah

Qunut ini pernah dibacakan oleh Rasulullah ketika kejadian pembunuhan beramai-ramai 60 orang penghafaz al-Quran selama sebulan berdasarkan hadith berikut:
Maksudnya: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah membaca doa qunut nazilah pada waktu selain dari Subuh ketika turunnya sewaktu pembunuhan sahabat-sahabatnya penghafaz-penghafaz al-Quran.
(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
Jobdirumah Review
Jobdirumah Review