26 Sept 2013

The Band Audition

Banyak kali juga keluar iklan beberapa orang nyanyi-nyanyi di Astro dan diakhiri dengan perkataan 'The Band'. Tak seperti AF2013 yang lebih kepada bakal local mainstream, The Band seakan-akan mahu masuk indie scene yang lebih kreatif, hipster dan pop. Jadi.. Apakah The Band?

. . . . .
The Band ialah program TV realiti pencarian bakat nyanyian baru yang julung kali diadakan di Malaysia untuk menubuhkan sebuah kumpulan pop lelaki dan sebuah kumpulan pop wanita bertaraf antarabangsa.

 Bakat-bakat baru ini akan dibimbing oleh beberapa nama besar dalam industri hiburan tanahair/ antarabangsa dan sesuai dengan konsep program ini, penekanan akan diberikan kepada keseluruhan aspek yang penting untuk melahirkan kumpulan pop yang boleh diketengahkan untuk pasaran peringkat antarabangsa. Aspek tersebut termasuklah kebolehan vokal, gaya tari, keterampilan imej busana dan aura penghibur.
. . . . .

Ujibakat The Band
The Band ada ujibakat sekarang, di lokasi dan tarikh berikut:
14 & 15 Sept
Danga City Mall, Johor

The Band Danga City Mall

21 & 22 Sept
Centre Point, Sabah

28 & 29 Sept
Gurney Paragon Mall, Penang

5 & 6 Oct
Fahrenheit 88, Kuala Lumpur

Syarat-syarat ujibakat The Band?
1. Warganegara Malaysia, Brunei atau Singapura
2. Umur 18-30 tahun
3. Lelaki atau wanita
4. Bebas solo atau berkumpulan
5. Dikehendaki menyanyikan sebuah lagu pilihan sendiri dari genre pop yang boleh menonjolkan bakat nyanyian dan tarian anda dalam masa yang sama
6. Sila bawa salinan Kad Pengenalan, 2 keping gambar terbaru berukuran 4R dan CD Minus One/Karaoke

Borang Penyertaan The Band
Klik sini
Jobdirumah Review
Jobdirumah Review