16 Dec 2013

Team Unequein (Mawi & Ekin) Membantu Gelandangan

Sudah menjadi trend kini kebanyakan peniaga/ usahawan/ artis dan NGO sekitar ibu negara Kuala Lumpur melakukan lawatan jalanan seterusnya memberi sedikit makanan dan minuman serta mungkin saguhati pakaian, beg dll untuk membantu golongan gelandangan (homeless) yang hidup berbumbung langit, berlantai simen kaki lima. Kali ini nampaknya Mawi dan isterinya Ekin pun mula melakukan hal sama

Mawi Ekin Membantu Gelandangan KL

Budaya ini adalah positif dan diharap agar semua boleh mengambil inspirasi dari tindakan Mawi dan Ekin memberi sedikit sumbangan hands-on kepada golongan gelandangan sekitar Jalan Sultan. Sambil menyumbang, sambil memberi pengajaran dan kesedaran kepada diri sendiri agar sentiasa bersyukur dengan apa yang telah kita ada dan sedang nikmati.

Mawi Ekin Membantu Gelandangan Jalan Sultan

Kebanyakan gelandangan ada sekitar Bangkok Bank, Chow Kit, Masjid Negara dan Damansara. Hari minggu biasanya golongan gelandangan kenyang sebab bantuan tidak putus-putus tiba, menerima rezeki Tuhan melalui masyarakat yang prihatin.

Team Unequein Mawi Ekin Membantu Gelandangan

PS: Sila bawa teman, jangan jalan-jalan cari homeless guy sendirian. Mawi dan Ekin pun bawa team sendiri dari syarikat Unequein.
Jobdirumah Review
Jobdirumah Review