16 Dec 2013

Video 'Dewi Cinta' Adira Nampak Murah

Video muzik 'Dewi Cinta' single terbaru oleh Adira dikritik hebat peminatnya kerana terlalu ringkas dan nampak murah. Peminat menuduh Astro mengambil jalan pintas menghasilkan klip video Dewi Cinta untuk Adira tanpa bajet/ perbelanjaan yang cukup.

Klip Video Dewi Cinta Adira Berjalan tepi pantan

Klip video Dewi Cinta memaparkan Adira selaku penyanyi berjalan-jalan di tepi pantai dengan pakaian biasa. Adira kemudiannya berjalan menuju ke air pantai, terapung-terapung buat seketika sambil termenung kemudian tenggelam timbul seperti kelemasan.

Klip Video Dewi Cinta Adira Lemas tenggelam

Adira tenggelam, air kembali tenang dan kemudian selepas beberapa ketika, Adira muncul dari air kini dengan pakaian baru :P

Klip Video Dewi Cinta Adira Muncul dari air

Klip video Adira kali ini mungkin perlu dilihat dari sudut 'rasa' dan 'penghayatan' terhadap bait-bait lagu. Terlalu berseni untuk kebanyakan remaja (peminat majoriti Adira) untuk memahami video muzik Dewi Cinta ini.

PS: Nak masuk air laut baju mahal membazir je tau. heheh
Jobdirumah Review
Jobdirumah Review