31 May 2014

Gosip 2014: Pasangan Wahida & Akhil Hayy

Pasangan penyanyi Akhil Hayy dan Waheeda tiba-tiba kembali dengan gosip terkini. Bukan gosip panas, tapi lebih sekadar cakap-cakap tentang kehidupan kerjaya dalam show bisnes kedua-dua pasangan ni selepas berhijrah.

Wahida Wassini
Akhil Hayy Terus Disekat
Dah empat tahun rupanya Akhil Hayy disekat individu tertentu dari muncul dalam Astro. Mula-mula, zikir, kemudian azan ditarik balik. Terbaru Akhil Hayy sepatutnya muncul dalam filem arahan Mawi, Rock Sangkut (2014). Tapi kemudian Astro tolak nama Akhil Hayy, Mawi sendiri pun tak nak terangkan kenapa ini berlaku.

Sehingga kini Akhil Hayy terus disekat secara diam-diam sikit demi sedikit tanpa apa-apa penjelasan. Seakan balas dendam ke apa pun entahlah.

PS: Akhil Hayy bakal muncul dengan lagu single tentang perjalanan hidup seorang manusia 'Andai Esok' ciptaan Badhisham, llirik ditulis oleh Hairul Anuar Harun. Juga bakal muncul dengan album terbaru, yang turut memuatkan lagu ciptaan Wahida.

Wahida Wassini
Wahida Tidak Mahu Menyanyi Dah
Wahida selesa sekarang dengan imej berpurdah. Dan atas alasan 'suara wanita adalah aurat', Wahida tidak kesal keluar dari arus industri hiburan yang pernah diceburinya suatu ketika dahulu.

Apapun, sekali dah jadi penyanyi, berpurdah macam mana sekalipun, namanya akan terus diingati dan dia akan terus dipandang sebagai seorang yang glamor, dan ini menyukarkan dirinya untuk hidup secara 'low profile'. Bayangkan pergi masjid ikut ceramah agama, ramai orang (termasuk lelaki) datang kerumun?
Jobdirumah Review
Jobdirumah Review