31 May 2014

Bagaimana Jamal Abdillah Jaga Nilai Eksklufif?

Tak tahulah kenapa, tapi ada beberapa artis di Malaysia yang tidak muncul di tempat awam (sukar dilihat) semata-mata ingin menjaga nilai eksklusif. Terbaru, Jamal Abdillah. Sebab? Biasalah mahu jaga jenama sendiri sebagai seorang personaliti penyanyi agar lebih dihormati peminat. Dalam erti kata lain, kalau ada konsert / events adalah Jamal Abdillah, tidak kiralah beratus konsert pun. Di luar pentas, memang bayang Jamal Abdillah pun susah nak nampak.

Jamal Abdillah Eksklusif
Ekskulsif Jamal Abdillah
- Tidak berada di tempat awam
- Tidak keluar membeli belah
- Tukang jahit datang rumah, ukur saiz, reka pakaian untuknya
- Tidak pernah melepak bersama rakan di kedai kopi
- Habiskan masa di rumah dengan ikan Arowana

Jamal Abdillah boleh kot duduk rumah macam ni sebab dia jenis yang tak gemar merayau. Dapat pakai baju cantik dan menyanyi di depan peminat atas pentas tu dah jadi seakan cukup untuk menggembirakan hatinya.

PS: Jamal Abdillah akan ada album baru, bakal dikeluarkan pada September 2014. Kolaborasi dengan penyanyi Indonesia Melly Goeslow.
Jobdirumah Review
Jobdirumah Review