20 May 2014

Kenali Band HIAP a.k.a He Is A Pilot

He is a Pilot (HIAP) diwujudkan sekitar 2011 sekadar suka-suka oleh drummer Mel dan gitaris Is. Kemudian disertai bassis Haris. Namun Is telah menarik diri kerana kerjaya ke luar negara. Atas inisiatif Mel dan Haris, HIAP diteruskan sehingga kini dengan dilengkapi gitaris Kuchai dan bassis Chip. Haris pula bertukar menjadi vokal/ gitaris kedua.

HIAP he is a pilot band
Sejak 2011 lagi, He is a Pilot (HIAP) berusaha menjadikan lagu mereka realiti seperti lagu single 'Sampai Bertemu' dan 'Ketika' yang telah siap dirakamkan. Lagu-lagu seterusnya seperti Sisimu, Melrose, Falling In Love masih dalam proses penyusunan.

HIAP he is a pilot band
Genre muzik? HIAP adalah Pop Rock dengan bahasa Melayu untuk kebanyakan lagu. HIAP menonjolkan konsep Riff ringkas dan bermelodi dengan penyusunan lirik lagu mudah agar selesa dan senang dihayati pendengar. Lagu-lagu seperti Ku Bahagia dan Percaya telahpun mendapat kelulusan RTM untuk airplay di beberapa stesen radio - CeriaFM, Gempar dan KLFM.

HIAP he is a pilot band
Keseluruhannya He is A Pilot (HIAP) mengilhamkan lagu berdasakan kisah kehidupan diharmonikan irama catchy mudah didengari, menjadikan lagu-lagu dibawa lebih memberikan impak kepada peminat.

HIAP dasarnya belum dikenali ramai namun berinspirasikan idola seperti Seven Collar Tshirt, Finch, Search, Flop Poppy, Arctic Monkeys, Foo Fighters, Nirvana, Coldplay, Snow Patrol, Dream Theatre dan Butterfingers, HIAP gigih menghasilkan karya muzik berkualiti.

HIAP he is a pilot band
Lebih lanjut (more)? kunjungi Facebook He is A Pilot (HIAP)
Klik disini
Jobdirumah Review
Jobdirumah Review