29 May 2014

Selalu Stream Muzik? 20 Tips Guna Spotify

Kalau nak streaming muzik, pilihan terbaik ada sekarang adalah Spotify. Malah kalau melanggan akaun premium, boleh bawa spotify offline dalam smartphone atau dalam kereta. Tapi untuk betul-betul memanfaatkan Spotify, kenalah tahu tips berikut.

Yuna Spotify Session
1. Import Muzik Sendiri
Ada banyak lagu dalam Spotify tapi tak semua lagu ada. Cindai agaknya ada tak? Jadi pada setting preferences, letak "add sources" sumber muzik dari local files komputer anda ke Spotify.

2. Follow Rakan
Kalau ada rakan yang selalu jumpa lagu-lagu menarik, baik follow je kawan tu. Lagi senang temui muzik menarik bila dapat tengok updates "feed" rakan. Cuma perlu tekan 'Follow" dan "Find Friends". 

3. Dengar Secara Private
Mungkin ada yang segan nak tunjuk minat dengar sesetengah lagu, jadi untuk elakkan dari orang lain dapat tahu apa yang didengari, elok tekan pada nama sendiri di Spotify dan pilih "Private Session".

4. Kolaborasi Playlist Bersama Rakan
Lebih seronok dengar lagu ramai-ramai. Mungkin dengan girlfriend? Jadi buatlah playlist yang boleh dikongsi. Selepas buat playlist baru, right click dan pilih "Collaborate Playlist" dan hantar url playlist pada teman untuk membolehkan mereka letak lagu-lagu pilihan mereka.

5. Search Shortcut
Kalau tekan Siti Nurhaliza, semua lagu keluar. Kadang-kadang lagu cover peminat pun keluar sama. Susah macam ni. Jadi ambil tahu shortcut search Spotify seperti berikut.. year, album, artist, genre. eg "mawarku artist:siti nurhaliza album:istilah cinta genre:pop".

6. Sync Ke Smartphone
Untuk pelanggan Spotify premium sahaja, selain dapat dengar lagu dengan kualiti terbaik, boleh sync lagu kegemaran dan dengar lagu-lagu tersebut melalui aplikasi Spotify secara offline.

7. Lirik Lagu
Untuk Spotify desktop sahaja. Pilih "App Finder" kemudian cari "TuneWiki". TuneWiki akan tunjuk lirik lagu pada baris lagu yang sedang didengari user. Kalau lagu kesukaan anda belum ada lirik, masukkan saja dalam TuneWiki. Dengan lirik ikut flow lagu, boleh karaoke terus.

8.  Lihat Statistik Sendiri
Spotify beri beberapa statistik kepada pengguna seperti "Top Artist" mengikut histori penggunaan Spotify yang dilakukan user. 

9. Link ke Spesifik Bahagian Lagu
Kadang-kadang kita suka lagu sebab chorus, atau bait-bait kata dalam lagu boleh jadi quote. Jadi untuk share ke bahagian lagu tersebut, copy Spotify URI kemudian paste ke mana-mana dan tambah hashtag #masa di hujung eg"#1:22".

10. Keyboard Volume Control
Tekan serentak CTRL (atau CMD untuk MAC computer) + Up atau Down key. Untuk mute, tekan serentak CTRL + SHIFT + Down key.

Imran Ajmain Spotify
11. Radio
Kadang-kadang blur tak tahu nak dengar lagu apa. Jadi buat satu radio . Tekan "Radio" dan "Create A New Station". Masukkan beberapa lagu, album dan artis kegemaran. Nanti Spotify akan automatik memperdengarkan lagu-lagu lain sesuai dengan apa yang telah dipilih.

12. Buang Gap (Ruang) Antara Lagu
Sesetengah album disediakan artis mengikut urutan dan flow kronologi dari lagu pertama hingga akhir. Untuk dengar seluruh album tanpa berhenti langsung antara lagu, pastikan pada preferences anda tick "Gapless Playback".

13. Dengar Online
Kalau tak mahu download app atau desktop Spotify, layari saja Spotify di browser anda melalui url Spotify Web Player play.spotify.com.

14. Spotify Search 
Untuk Firefox browser sahaja. Install extension/ app "Spotify Search". Kemudian bolehlah tiap kali buka Firefox, lepas dah bosan search internet terus search lagu direct dari browser, result lagu dan play lagu Spotify akan terus dimainkan dalam browser.

15. Buat Playlist Dengan Cepat
Sama macam keyboad shortcut masa kita pilih banyak-banyak fail untuk copy paste. Tekan dan hold CTRL key, kemudian select lah banyak-banyak lagu sekaligus. Kemudian "Right Click" > "Add To" > "New Playlist". Tadaa.. Siap playlist baru.

16. Gelak Sikit
Dengar lagu tak perlu mood serius. Spotify pun ada part komedi (English). Melalui "App Finder", pergi pada "Official Comedy" dan dengar audio lawak.

17. Parti Muzik
Macam chatroom tapi tak boleh chat. Pada "App Finder" cari "Soundrop", kemudian pilih theme room atau buat room baru dan kongsikan pada rakan-rakan. Dalam "Listening Room" boleh vote lagu sampai jadi top untuk semua orang dengar.

18. Belajar Bahasa Asing
App Finder juga. Pergi pada "Listen Language App". Ada 24 jenis bahasa boleh belajar, kursus audio belajar bahasa secara percuma.

19. Konsert 
Spotify dengan bantuan Songkick ada beri perkhidmatan 'ticketing' untuk peminat menyokong artis dengan mengetahui jadual persembahan / konsert di kawasan sekitar. Boleh beli tiket melalui Spotify.

20. Cari Kawan
Aplikasi Tastebuds.fm dalam Spotify membolehkan user mencari user lain dengan minat muzik yang sama. Melalui lagu atau album, user boleh berhubung dengan user lain dan kemudian.. jalikan percintaan? :P

Yuna Spotify Session
Jobdirumah Review
Jobdirumah Review