4 Jun 2014

Terbitkan Muzik Anda Melalui Loonaq Malaysia 'Content Partner Program'

Industri muzik adalah satu kerjaya yang dipenuhi peluang. Berbilion wang dilaburkan setiap tahun serata dunia atas nama hiburan. Kini dengan adanya internet, peminat muzik sedang berkembang pesat. Artis terutamanya di Malaysia, Brunei, Indonesia dan Singapura kini boleh mengambil peluang dalam menggunakan cara baru dalam memperluaskan penerimaan muzik mereka kepada peminat / bakal peminat baru.

Loonaq Records
Dengan ini Loonaq mempelawa artis dan pemilik karya untuk bekerjasama ke arah kejayaan. Terbuka kepada sesiapa sahaja untuk menjadi 'Content Partner':
- Berbakat atau,
- Sudah terkenal atau,
- Pemilik / penerbit karya

Kemudahan berikut boleh dimanfaatkan oleh Content Partner Loonaq:

Loonaq Salima Habibi
1. Penghasilan Album
Jika dapat buktikan kepada Loonaq bahawa bakat anda dapat dijual, Loonaq sedia menyiapkan mini album untuk anda, sehingga 5 lagu. Hantar video demo persembahan dan bersedia menjadi bintang!

Loonaq Video Recording
2. Penghasilan Video Muzik
Jika anda sudah ada sekurang-kurangnya 1 album muzik, dengan minimum 5 lagu di dalamnya, Loonaq boleh bekerja bersama dalam menghasilkan 3 video muzik / klip video dalam HD ataupun 3D.

Loonaq Music Selling
3. Promosi Online
Sebagai 'Content Partner', anda boleh harapkan Loonaq untuk mempromosikan anda dan album anda melalui pelbagai saluran iklan seperti Facebook, Youtube, Google. Cara ini dapat menjimatkan kos pengiklanan dan promosi dalam usaha meningkatkan jumlah peminat / fanbase.

Loonaq Caller Ringtones
4. Jualan Muzik Di Internet
Gunakan kemudahan Loonaq e-commerce untuk menjual lagu digital anda. Sistem Loonaq menerima Visa dan Mastercard, pemindahan wang online, dan pelbagai cara pembayaran yang lain.

Loonaq Midem
5. Akses Rakan Strategik
Loonaq adalah rakan sepenuhnya dengan Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM. Melalui Loonaq anda boleh menggunakan akses istimewa ini untuk mempercepatkan langkah dalam industri muzik, samada di Malaysia mahupun ke peringkat antarabangsa.

Lebih lanjut
Klik sini (Loonaq)
Jobdirumah Review
Jobdirumah Review