23 Jun 2014

Album Muzik Setulus Kasih (2014) Imran Ajmain

Album solo ke-3 penyanyi Imran Ajmain, 33, yang diterbitkan oleh syarikatnya Fipro sekitar Mac 2014. Setulus Kasih keseluruhannya bergenre pop melayu.

Imran Ajmain
Album Setulus Kasih
Digital MP3 Album: iTunes | Amazon
1. Hargailah Dia
2. Indah
3. Peluang Kedua
4. Sederhana
5. Setulus Kasih
6. Tiada Gementar Lagi

Selepas setahun menyepi, agaknya berkabung, selepas kematian bapanya, Imran Ajmain nampaknya ingin memfokuskan kepada mood gembira melalui kesemua lagu dalam album muzik Setulus Kasih. Namun, tragedi MH370 yang menimpa menyebabkan pelancaran album Setulus Kasih hanya lebih baik dibuat di Singapura sahaja sebelum dibawa masuk ke Malaysia secara beransur-ansur.

Imran Ajmain mengambil pendekatan berkolaborasi dengan komposer baru untuk memberikan kelainan buat peminat yang lazim mengenali Imran Ajmain dengan bait lirik lagu balada yang penuh makna. 100% digital, Setulus Kasih terdapat di kebanyakan platform muzik online popular seperti Deezer dan Spotify.

Jobdirumah Review
Jobdirumah Review