2 Jun 2014

Beats Solo 2.0 Untuk Hip-hop & Fesyen

Di Malaysia ni ramai mula beli Beats by Dre. Penyanyi rap Dr. Dre dah jadi penggiat muzik USDbillionaire pertama di dunia dah sekarang selepas Apple beli Beats dengan harga USD3billion. Kini dibawah Apple, jenama Beats muncul dengan headphone paling murah Beats Solo² (atau 2.0).

Beats Solo 2
Design Premium
Dari segi design, Beats Solo² adalah upgrade kepada Beats Solo dengan tiada lagi penutup skrew kelihatan. Kelihatan sangat-sangat premium dan cool. Saiz speaker headphone Beats Solo² lebih kecil dari barisan Beats Studio, jadi masih boleh rasa sikit panas telinga kalau pakai lama-lama. Tulisan ikonik 'beats by dr. dre' sekarang dah tukar jadi 'beats' saja. Enam warna untuk dipilih.

Untuk Hip-hop
Dari segi bunyi (sound), sesiapa eg: pencipta lagu, komposer yang mahu kualiti audio tahap pro memang akan merungut. Tapi lagu-lagu berentak rancak 'in-house' eg: hip-hop, dubstep and electronik sangat-sangat sedap didengar menggunakan headphone Beats Solo². Kalau sekadar peminat muzik biasa atau untuk menonton dan dengar video youtube, audio melalui Beats Solo² dah cemerlang dah.

Harga: USD199.99
Nilai fesyen dan aspirasi tinggi yang ada pada jenama Beats, beli Beats Solo² bererti pengguna perlu membayar agak mahal sedikit berbanding headphone jenama lain untuk kualiti bunyi yang sama.

PS: Kalau mahu up sikit kualiti audio beli Beats Studio, tapi harga lebih mahal. Up lagi? Beats Pro.

Beli Online
Beats Solo 2.0 (2014) (Amazon)
Jobdirumah Review
Jobdirumah Review