5 Jun 2014

Final Kilauan Emas 4: Nordin No. 4

4 Jun 2014 - Konsert Akhir Kilauan Emas 4 semalam hebat sangat. Dari red carpet hingga ke pentas, semuanya diatur sangat hebat dan nampak grand untuk sebuah konsert akhir orang-orang tua. Hadir dengan kereta klasik, konsert akhir Kilauan Emas 4 dimulai dengan Feeya bernyanyi di pintu depan diikuti peserta realiti 'The Band'.

Juri Kilauan Emas 4
Dari pandangan penonton, semua peserta akhir Kilauan Emas 4 nampaknya ada masalah menyanyikan lagu-lagu baru yang diberikan kepada mereka (walaupun juri kata bagus). Mengejutkan, semalam bukanlah konsert akhir Kilauan Emas 4. Sebaliknya hanya untuk menyingkirkan peserta ke-5 dan memberi kemenangan no. 4 kepada...

Nordin Kilauan Emas 4

Tempat 4 KE4: Otai Masih Berbisa
Nordin, 53 tahun. Asal Kubang Kerian, Kelantan.
Penyanyi lagu-lagu rakyat dan dikir barat. Pernah membuat persembahan lagu-lagu rakyat dan dikir barat di serata dunia.
Hadiah RM15,000

Tempat 5 KE4: Otai Masih Berbisa
Nas
Hadiah RM10,000

Senarai hadiah kepada pemenang Kilauan Emas 4
Klik sini.

Minggu depan (Jun 11, 2014) 
Konsert Mega Akhir Kilauan Emas 4
- Karpet Merah 9:00PM
- Konsert: 9:30PM
- Saluran langsung Astro Prima dan Astro Maya HD 134

Jadi teruskan mengundi peserta kegemaran. 70% undian penonton, 30% juri.
Jobdirumah Review
Jobdirumah Review