28 Jun 2014

Niat Puasa Ramadan

Selamat Menyambut Ramadan. Ramadan adalah bulan ke-9 dalam kalendar lunar Islam. Dalam bulan Ramadan, semua penganut agama Islam diwajibkan berpuasa, rukun ke-3 dalam rukun Islam. Puasa bererti menahan diri daripada makan, minum, dan semua perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari.

Niat Puasa Sebulan Ramadan
Niat Puasa Sebulan Ramadan
Lafaz niat puasa (Arabic): Nawaitu sauma ghodin 'an ada'I fardi ramadhana Hazihis sanati lillahi taala
Terjemahan niat puasa (BM): Sahaja aku berpuasa esok hari, fardhu, dalam bulan Ramadan, tahun ini, kerana Allah Ta'ala.

1. Lagu niat puasa nyanyian Raihan

Macam susah saja nak niat dalam bahasa Arab, terjemahan BM pun macam belit-belit. Tak mengapa, jangan risau. Niat sebenarnya adalah 'tujuan' dalam hati, tak perlu pun disebut. Kalau kita bangun sahur, itu pun dah sah jadi niat puasa. Sebab minda kita sedar kita nak berpuasa. Mudah.

2. Lagu-lagu nasyid Ramadan

Bulan Ramadan
Ramadan adalah bulan paling utama dalam Islam. Sebab dalam bulan ini, teknikalnya semua syaitan dirantai, hanya nafsu sahaja penghalang antara manusia dan ketaatan kepada Allah. Umumnya, berikut antara kelebihan-kelebihan dalam bulan Ramadan

Quran Meaning
a. Peristiwa mukjizat turunnya kata-kata Allah kepada Nabi Muhammad SAW / Nuzul Al-Quran. Tradisi Malaysia menyambut Nuzul Quran setiap 17 Ramadan.

b. Malam Lailatul Qadar 10 terakhir ramadan. Malam lebih baik dari seribu bulan yang mana pada malam inilah Quran diturunkan.

c. Perang Badar perang hidup mati Islam vs Quraisy pada 17 Ramadan. Islam menang.

d. Pembukaan / penaklukan Mekah pada 10 Ramadan tanpa pertumpahan darah.

e. Terawikh dan ibadah lain. Ramadan adalah bulan pahala digandakan. Jadi inilah antara peluang keemasan untuk kumpul points 'tiket ke syurga' sebanyak mungkin, sebelum mati.
Jobdirumah Review
Jobdirumah Review