16 Jun 2014

Powerbeats 2 Earphones Untuk Atlit / Bersenam

Beats yang sudah dua minggu dimiliki Apple Inc. mengumumkan headphone kedua dalam inovasi headphone Beats dan Apple, Powerbeats 2 Wireless earphones selepas Solo 2 Headphones yang lebih elegan rekaannya seminggu sebelumnya.

Powerbeats 2 Wireless Red
Melalui Beats, Apple kini boleh mengembangkan jenama pelayar muzik online iTunes dan mengembangkan jenama gajet muzik iPod ke aras yang lebih tinggi. Powerbeats 2 earphone masih mengekalkan rupa Powerbeats asal tetapi dengan keupayaan build-in wireless, yang direka khusus agar lebih mudah diguna ketika bersenam, berlari, atau melakukan apa-apa aktiviti fizikal.

Powerbeats 2 Wireless Black
Powerbeats 2, adalah earphone in-ear yang boleh dicangkuk sekeliling telinga, kedua-dua earphones dan kabel pembalut lilit Powerbeats 2 mendapat klasifikasi IPX4 untuk keupayaan menahan peluh dan air.

Powerbeats 2 Wireless Black Athlete
Powerbeats 2 mempunyai 6 jam batteri life, dengan hanya 15 minit masa diperlukan untuk caj balik masa sejam penuh melalui USB. Powerbeats 2 walaupun ditambah ciri wireless (tanpa wayar), masih mampu mengekalkan bunyi berkualiti Beats yang digemari pengguna.

Powerbeats 2 Wireless USB Easy Charging
Powerbeats 2 terdapat dalam pilihan warna putih, merah dan hitam. Dijual pada harga USD199 (sekitar RM640) dan sudah boleh mula didapati di USA sekitar Jun 2014. Untuk pasaran global, Julai 2014.

Beli Online
Powerbeats 2 (Amazon)

PS: Caj penghantaran (ada yang free shipping) & handling Amazon, bawah USD20, selalunya barang akan tiba (Malaysia) dalam tempoh masa dua minggu hingga sebulan.
Jobdirumah Review
Jobdirumah Review