3 Jun 2014

#PuisiTakBerlagu - 03/27 - Maksud Lagu Apa Salah Beta

Episod ke-3 #PuisiTakBerlagu di twitter dan instagram mengupas lagu Imran Ajmain yang ditulis Othman Hamzah berasal dari karya asal arwah bapa Imran Ajmain sendiri pada tahun 1981.

Pada zaman dahulu, penggunaan bahasa masih dijaga, dan 'Beta' hanya layak diguna oleh raja / sultan sahaja. Walaupun hanya lagu, namun adab dalam masyarakat sangat halus, tidak seperti sekarang. Jadi untuk elakkan 'Beta' menjadi isu, lebih baik keseluruhan lagu dilenyapkan, lebih baik disenyapkan.

Seggara Imran Ajmain
Walaupun Apa Salah Beta versi Imran Ajmain turut mencampurkan rentak hip-hop dalam gubahan muzik, elemen dan rasa Melayu klasik untuk lagu ini sangat kuat dan masih menguasai keseluruhan lagu.

Mahkota cinta kini tenggelam
Masuk jauh ke dasar seggara

Seggara = lautan sangat dalam (offshore). Ertinya perasaan dua insan dalam cerita cinta Apa Salah Beta sangat-sangat mendalam. Apalah salah? walaupun perasaan cinta keduanya sangat kuat, masih lagi kekasih hati menjauhkan diri. Tidak sepatutnya berlaku, tetapi telah berlaku tanpa sebab nyata. Lagu tergantung, tanpa penutup cerita.

Fail Better
Lagu & Lirik Apa Salah Beta
Podcast #PuisiTakBerlagu Episod 3 (MangkukMy)
Jobdirumah Review
Jobdirumah Review