4 Jun 2014

#PuisiTakBerlagu - 04/27 - Sudah Tu Sudah

Episod ke 4 siri podcast #PuisiTakBerlagu lagu Sudah Tu Sudah, lagu pertama Imran Ajmain (track nombor 4 dalam album Dengan Secara Kebetulan 2006). Kedengaran seperti lagu penyesalan cinta, tetapi bukan. Ini tentang fenomena rakaman dan sebaran video 3gp XXX yang berleluasa pada ketika itu.

move on choice
Sayang yang sudah tu sudah
Nangis tidak berlagu lagi

Video 3gp wujud sebab cinta, ingatkan pasangan ikhlas, tetapi video 3gp yang disebarkan pasangan menunjukkan niat dan perangai sebenar pasangan. Bila video terkeluar, ramai jadi mangsa, ramai yang marah, ramai yang menyesal.

Kini kau sudah dewasa
Jangan terlalu lama memikirkan apa yang sudah
Terjadi dalam dunia cinta

Ya, benda telah berlaku, itu takdir. Tetapi emosi masih hak milik sendiri, jangan terus bersedih, teruskan hidup. Jangan ambil masa untuk berkabung demi cinta yang patah, move on, secepat mungkin.

Move On Quickly PuisiTakBerlagu
Lagu & Lirik Sudah Tu Sudah
Podcast #PuisiTakBerlagu Episod 4 (MangkukMy)
Jobdirumah Review
Jobdirumah Review