3 Jun 2014

Syarat Penyertaan & Lokasi Ujibakat #AF2014

Akademi Fantasia 2014 kini membuka peluang sekali lagi kepada sesiapa yang berminat jadi penghibur atau selebriti televisyen untuk mencabar diri mendapatkan peluang paling bernilai dalam industri hiburan. Akademia Fantasia melangkau kebolehan mana-mana kolej / universiti dalam mengetengahkan bakat terus ke bidang kerjaya dalam show bisnes.

Ujibakat AF2014
Syarat-syarat Ujibakat AF2014
- Peserta solo sahaja
- Umur 18-35 tahun pada hari ujibakat AF2014
- Warganegara Malaysia atau Singapura sahaja
- Bawa IC dan 2 gambar passport saiz 4R
- Menyanyikan lagu wajib ujibakat

Borang Ujibakat AF2014
- Borang ujibakat klik disini
- Kaunter pendaftaran dibuka 9am-1pm
- Digalakkan datang lebih awal (tahun lepas siap ada yang perang mulut dan merayu nak masuk)

Ujibakat AF2014
Lokasi Ujibakat AF2014
Johor, KSL Resorts & Hotel Johor Bahru
13 & 14 Jun 2014

Pulau Pinang, Sunway Hotel Seberang Jaya
14 & 15 Jun 2014

Sabah, Novotel Kota Kinabalu 1 Borneo
21 & 22 Jun 2014

Kuala Lumpur
21 & 22 Jun 2014

PS: Selepas ujibakat, tengok-tengoklah sekeliling, mungkin ada booth jualan official merchandise oleh kelab peminat bekas peserta AF.
Jobdirumah Review
Jobdirumah Review