3 Jun 2014

Ujibakat Online #AF2014

Akademi Fantasia ada lagi tahun ni 2014. Kali ni, AF2014 hadir dengan format pertandingan yang sama seperti tahun lepas. Kiranya akan ada ujibakat, konsert awal pembukaan, kelas-kelas di Akademi Fantasia dengan format 'penyarah dan pelajar' serta mentor-mentee, konsert jelajah, undian sms dan online, AF masuk dan tangisan 'fake' setiap kali ada peserta dikeluarkan.

Akademi Fantasia 2014
Ujibakat Akademi Fantasia 2014
Ujibakat akan dilakukan pada pertengahan Jun 2014. Tapi, ujibakat online (pra-ujibakat) sedang diadakan bermula 26 Mei hingga 9 Jun 2014 nanti. 

Ujibakat online ini untuk memilih 20 peserta yang masuk AF untuk menunjukkan bakat masing-masing. Dan jika diterima, peserta yang lulus ujibakat online tidak perlu beratur pada hari ujibakat sebenar nanti, terus masuk bilik ujibakat dan tunjukkan bakat anda kepada juri.

AF2014 Akademi Fantasia 2014
PS: AF 2013 menyaksikan artis keluaran Akademi Fantasia senyap terus sebaik sahaja Akademi Fantasia habis bersiaran. Harap untuk tahun ini, pihak tv Astro ada perancangan yang berterusan untuk mencipta penyanyi baru yang betul-betul digemari seperti Hafiz, Stacy, Adira etc.
Jobdirumah Review
Jobdirumah Review