5 Jul 2014

Al Fatihah Sharifah Aini Meninggal Dunia #RIP

Semalam tengah chat pukul 3am, 5 Julai 2014, ada orang letak notis Sharifah Aini dah meninggal dunia. Tapi belum berani sebar, kemudian bangun pagi, Nasi Lemak Kopi O ada buat liputan awal di masjid yang menguruskan jenazah Sharifah Aini. Kemudian hLive!, buat pertama kalinya saya tengok, betul-betul memberi liputan menyeluruh tentang pemergian biduanita Sharifah Aini.

Sharifah Aini
Allahyarhamah Sharifah Aini menghembuskan nafas terakhir pada 1.26 pagi akibat jangkitan pada paru-paru. Jenazah diuruskan di Masjid At Taqwa Taman Tun Dr Ismail sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara sebelum solat Zohor. Meninggalkan satu-satunya anak kandung, Alif, penuntut pengajian Islam di Madinah.

Sering Sakit
Disember 2012: Dikesan menghidapi fibrosis paru-paru. Mula berulang-alik ke hospital.
May 2013: Menolak dakwaan botok. Mengesahkan wajahnya berubah kesan terhadap pengambilan ubatan berasaskan steroid secara berterusan.
Akhir tahun 2013: Dijangkiti H1N1 selama sebulan.
Januari 2014: Berita/ gosip Sharifah Aini sering ke hospital mula diketahui umum peminat secara meluas.
May 2014: Bakal menjalani pembedahan kritikal, ada meninggalkan nota 'pesanan terakhir'.
Jun 2014: Kelihatan semakin pulih, tetapi Sharifah Aini memberitahu dia redha jika apa-apa berlaku.
1 Julai: Dimasukkan ke Pusat Perubatan Pakar Damansara.
5 Julai: Meninggal dunia pada 1.26am. Allahyarhamah disemadikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara.

Sharifah Aini Dalam Kenangan
2 Julai 1953 - 5 Julai 2014

Biduanita Negara
Mendapat gelaran 'Biduanita Negara' pada 2006, Biduanita Negara Datuk Sharifah Aini adalah penyanyi lagenda yang tiada pengganti dari segi keunikan suaranya. Bermula dari kemenangan dalam Bintang RTS 1968 menerusi lagu Tiga Malam, Sharifah Aini semasa hayatnya telah menghasilkan 93 buah album muzik.

Lagu popular Sharifah Aini
Seri Dewi Malam
Hapuslah Air Matamu
Bunga Tanjung
Kau Tinggi Di Awan Biru
Jobdirumah Review
Jobdirumah Review