30 Oct 2014

Video Muzik Angin Kencang #mtv

Unik. Komen paling sesuai bagi muzik video lagu Angin Kencang oleh Noh Salleh. Lagu semestinya pernyataan rindu pada isteri, Mizz Nina. Video muzik Angin Kencang ini dirakamkan sepenuhnya di Nagoya, Jepun. Berlatar belakang panorama perkampungan Jepun yang penuh budaya.

Noh Salleh Angin Kencang Video
Dalam menguatkan lagi elemen Jepun dan kekaguman serta citarasa Noh Salleh terhadap budaya tradisional / kuno Jepun yang penuh adab sopan, Noh letak subtitle bahasa Jepun dari awal hingga akhir klip video Angin Kencang. Video muzik ini bertema seakan-akan filem kreatif, Noh berjalan-jalan diam-diam meredah jalanan di Nagoya, melalui beberapa landmark Jepun yang mengkagumkan sambil menekankan kepekaan terhadap nilai tradisional dalam setiap slot klip video muzik.



Music Video Directed by Ahmad Faris
Production House : IkanPaos Kolektif Sdn Bhd

Lirik/ Mp3 iTunes/ info Angin Kencang: Klik sini.

Jobdirumah Review
Jobdirumah Review