4 Nov 2014

AC Mizal Perlu Jual 1Juta Singles Untuk Duet Pitbull

Cita-cita AC Mizal untuk duet bersama Pitbull nampaknya disambut baik oleh Sony Music Malaysia. Tapi, untuk layak berduet bersama Pitbul Mr. Worldwide, AC Mizal perlu mematuhi satu syarat ditetapkan iaitu minima perlu mencatat jualan/ download singles sendiri sebanyak 1juta unit. Jadi AC Mizal sebagai artis kini gigih mempromosi single terbarunya Paranoid bersama Luna Maya di Malaysia dan Indonesia.

AC Mizal ferrari
Kalau fikir loqik pun, syarat tu memang sesuai pun sebab lagu yang ada feat. Pitbull pasti akan mendapat kejayaan segera. Untuk rekod Pitbull (rekod tahun 2013) telah berjaya menjual lebih 40juta lagu single dan lebih 5juta album.

Pitbull airplane
Nak berjaya macam Pitbull? Rahsianya? Pitbull tampil dengan lagu yang sangat original berbanding rappers lain di Miami. Pitbull juga tidak hanya meletakkan diri dalam kepompong genre rap, malah dengan sikapnya yang menghargai kepelbagaian muzik, Pitbull berjaya melangkah masuk ke dalam penerimaan peminat pop, genre terbesar muzik, tempat letaknya semua 'punca rezeki' yang dicapai Pitbull sekarang.
Jobdirumah Review
Jobdirumah Review