6 Nov 2014

Al Nuraa.... Yang 5.... Yang 6 - Mawi, Hazama, Filsuf #MV

Lagu Mawi & Hazama feat. Filsud Al Nuraa... Yang 5... Yang 6 ni tiba-tiba melonjak popular selepas muzik video official dikeluarkan. Mawi memang suka pada idea lagu Islamik. Hazama memberikan sentuhan pop / rock alternatif kepada lagu ini sesuai untuk penerimaan golongan muda. Filsuf? Agaknya trend sekarang lagu separa nasyid digabungkan dengan alunan rap.

Mawi Filsuf Hazama

Video muzik Al Nuraa Yang 5 Yang 6 bermula dengan Mawi di rumah rumah yang telah dikosongkan, Hazama memandu kereta dan Filsuf menyodok pasir sebagai buruh kasar. Apa yang berlaku? Ketiga-tiga watak mengeluh penuh hampa.

Rupa-rupanya semua mereka berada di persimpangan emosi. Filsuf yang kerja buruh rupanya ada hobi beli makanan dan beri gelandangan makan. Mawi? Rumahnya kena lelong tapi dari terus bersedih, dia menyerahkan kucing dan kot kepada kanak-kanak di kedai makan dan berlalu pergi penuh riang setelah beban dilepaskan. Hazama pula, dari terus melayan kawan-kawan enjoy di kelab malam, beliau mengambil keputusan pergi ke masjid.


Produksi: A Plus Music Production

Mp3 / RBT / info: Klik sini.
Jobdirumah Review
Jobdirumah Review