6 Nov 2014

Apa Ada Dalam Album Angin Kencang Noh #unboxing

Dah lama takde siapa beli CD album muzik kan? Jadi bila ada yang kongsi album fizikal, yang boleh godek-godek ni. Jomla kita tengok.

Buka album Angin Kencang EP, bahagian kanan ada senarai lagu dan kod RBT untuk majoriti telco. Belah kiri ada gambar Noh Salleh. CD muzik album Angin Kencang ada terselit di poket kiri. Ada juga kertas kecil lipat-lipat, mengandungi semua lirik lagu etc berkaitan album Angin Kencang EP Noh Salleh.

Angin Kencang EP
Suka tengok artwork berseni dari depan hinggalah ke semua printed area album. Sesuai dijadikan koleksi peminat setia Noh Salleh. Lagipun, ini kan album pertama Noh Salleh.

Album fizikal angin kencang boleh didapati di outlet Pharcyde Studio, Bone Collector Store, Speedy dan outlet kedai muzik berhampiran anda.


Edaran Sony Music Malaysia

Angin Kencang EP: Klik sini.
Jobdirumah Review
Jobdirumah Review