14 Nov 2014

Di Pintumu - Firman #MV #AF2014

Kau takkan percaya, yang aku sayang kau. Lagu Di Pintumu nyanyian Firman ni sadis lah. Muzik video menceritakan Firman sebagai jejaka kampung, naik basikal tua, lalu dan berhenti di depan jalan rumah gadis yang dicintainya.

Tapi, perempuan tu tak suka padanya. Walaupun Firman sedaya mungkin menagih belas simpati, si perempuan tidak berganjak. Si perempuan kemudiannya bercinta dengan jejaka lain, naik kereta. Semasa di pekan, Firman ada singgah beli gitar.

Firman Di Pintumu Video

Kebetulan, si perempuan sedang dating juga bersama pasangan. Sedar Firman ada, si perempuan terus tutup muka. Firman sedar jadi dia berlalu pergi tanpa bertegur. Dalam perjalanan pulang, mereka terserempak lagi. Kali ini kereta diberhentikan, si perempuan keluar dan berkata sesuatu. Firman sedih dan jatuh melutut.

Si perempuan yang disayangi dan jejaka tu agaknya sudah membuat keputusan untuk berpindah keluar menetap di tempat lain. Kesian Firman, melaung dalam hujan nyanyi lagu ni Di Pintumu.


Info/ Lirik/ mp3 Di Pintumu: Klik Sini.
Jobdirumah Review
Jobdirumah Review