18 Dec 2014

#goodbye2014 Google - Sharifah Aini & Joyce Chu

Penyanyi Malaysia masih hambar dalam rekod carian Google Malaysia sepanjang tahun 2014. Tapi ada dua penggiat muzik yang muncul dalam senarai carian Selebriti Malaysia.

Sharifah Aini

Di tangga ke-4, peristiwa kematian Sharifah Aini (July 2, 1953 - July 5, 2014) secara tiba-tiba mendapat carian Google secara mendadak. Sharifah Aini telah lama sakit, namun menyembunyikan keuzurannya dari mendapat perhatian media dan peminat. Kehilangan biduanita negara Sharifah Aini memang tiada berganti. Dengan seluruh jiwanya diberikan kepada minat nyanyian, allahyarham Sharifah Aini semasa hayatnya telah menghasilkan lebih 81 album muzik.

Joyce Chu

Joyce Chu penyanyi lagu mandarin Malaysian Chabor menduduki tangga ke-10 selebriti Malaysia paling banyak dicari di Google Malaysia. Ramai mencari siapa Joyce Chu seorang penyanyi yang terkenal secara tidak langsung setelah video muzik lagu ciptaan Namawee yang sangat catchy Malaysian Chabor nyanyiannya menjadi viral di Youtube dengan lebih 7 juta hits penonton.
Jobdirumah Review
Jobdirumah Review