9 Dec 2014

#goodbye2014 Bharian - Siti Nurhaliza Paling Berpengaruh

Dengan tahun 2014 yang bakal melabuhkan tirai, segmen hiburan BH Online (Berita Harian) menyenaraikan enam selebriti wanita paling berpengaruh sepanjang tahun. Selebriti tersenarai ialah Siti Nurhaliza, Erra Fazira, Nora Danish, Rozita Che Wan, Dayang Nurfaizah dan Amelina.

Siti Nurhaliza 2014 lagubestbest

Siti Nurhaliza masih gah selepas lebih dua dekad dalam muzik. Kejayaan demi kejayaan dikecapi sepanjang tahun 2014. AIM21 pada tahun ini menyaksikan Siti Nurhaliza menang 3 anugerah daripada 8 pencalonan yang diterima. Kesungguhannya dalam muzik dan perniagaan (SimplySity) juga telah melayakkan Siti Nurhaliza menjadi penerima Inaugural Malaysia Women Of Excellence Awards dan Jewel Of Muslim World Awards.

Dayang Nurfaizah 2014 lagubestbest

Tahun 2014 menyaksikan Dayang Nurfaizah bangkit semula. Lagu Di Pintu Syurga ciptaan Tam Spider dan lirik Rudy Imran telah menyerlahkan kembali Dayang Nurfaizah. Lagu ini telah diguna menjadi OST drama dan bakal bertanding dalam AJL29 nanti. Sepanjang 15 tahun dalam nyanyian, Dayang Nurfaizah tahun ini (2014) telahpun diraikan melalui konsert di Dewan Filharmonik Petronas.

Amelina Kembali 2014 lagubestbest

Amelina yang tiba-tiba muncul nampaknya turut tersenarai. Asalnya cuma di 'spotted' peminat secara tidak sengaja. Amelina kini mahu membuat kemunculan semula selepas menyepi selama berumahtangga. Masih dalam proses menyempurnakan kembali vokal bersama Ajai, Amelina mahu mengembalikan dangdut.
Jobdirumah Review
Jobdirumah Review