9 Dec 2014

#goodbye2014 Instagram - Zizan Razak 1.1 Juta Pengikut

Media sosial makin mendominasi pengguna. Sebagai selebriti, penggunaan media sosial lebih berkesan dalam mempromosikan diri dan aktiviti semasa. Dengan 'attention span' pengguna yang lebih kepada grafik, Instargam terbukti menjadi pilihan. Snap gambar menarik, letak caption sesuai, hashtag siki, ramai suka nak tengok apa yang artis buat.

Sesuai dengan trend selfie, di Malaysia pada 2014, beberapa selebriti telah berjaya mencatat pengikut IG lebih sejuta dimulai Nora Danish 1.4 Juta, seterusnya Zizan Razak 1.1 Juta, Emma Maembong 1.1 Juta, Siti Nurhaliza 1 Juta, Lisa Surihani 1 Juta dan, Scha Alyahya 1 Juta.

Zizan Razak Instagram lagubestbest

Di Instagram dalam kalangan penyanyi Malaysia, Zizan Razak lah paling gila selfie. Sejak menerima tawaran menjadi artis Astro pada awal 2014, kerjaya Zizan Razak lebih meluas dengan segala macam program atas pentas / di kaca tv / layar perak dari pertandingan lawak ke pengacaraan program nyanyian AF2014 dan GegarVaganza ke lakonan, semua pun Zizan terima tanpa memilih, sangat serba boleh.

@zizanrazak869

1.1 juta pengikut. Setakat ini Zizan Razak dah upload 1,141 ke Instagram.

Siti Nurhaliza Instagram lagubestbest

Siti Nurhaliza pun ratu selfie juga. seiring dengan namanya yang semakin gah pada tahun 2014. Wajah dan penanmpilan Siti Nurhaliza yang menarik sentiasa ingin diketahui. Siti Nurhaliza juga nampaknya pandai menggunakan media sosial, betul-betul bersosial dengan peminat. Gambar-gambar dikongsi merangkumi hal kehidupan berumahtangga/ melancong, produk dan aktiviti business SimplySiti, updates aktiviti rutin belakang tabir sebagai penyanyi, hinggalah kepada gambar-gambar outfit / pakaian fesyen terkini yang diperagakan seharian.

@ctdk

1 juta pengikut. Setakat ini Siti Nurhaliza dah upload 3,167 ke Instagram.
Jobdirumah Review
Jobdirumah Review