20 Apr 2015

Panduan Hiburan Dalam Islam JAKIM (Edisi Ke-2)

JAKIM telahpun meluluskan garis panduan edisi ke-2 dalam pelaksanaan aktiviti hiburan dalam Islam, diluluskan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan ke-107 pada Februari 2015. Walaupun dipandang menyusahkan dan dikatakan bakal menjejaskan pengalaman pengunjung konsert, garis panduan hiburan / konsert JAKIM ini ada kebaikannya tersendiri.

Garis Panduan Hiburan Dalam Islam Jakim

Mungkin garis panduan Hiburan dalam Islam JAKIM ini tidak sesuai dipakai untuk konsert-konsert mega antarabangsa dan melibatkan audience non-muslim. Namun panduan hiburan JAKIM ini boleh mula dilaksanakan (jika mahu) untuk konsert-konsert percuma melibatkan orang Melayu Islam eg: Karnival tour anjuran stesen radio etc yang selalunya dihadiri remaja belia muda Islam (non-muslim memang jarang join aktiviti macam ni pun kan?). Ruang konsert sempit, dan nampak tak elok sangat audience muslim dan muslimah betul-betul berhimpit antara mereka. Nampak tak? Something wrong kan?

Lebih kepada mendidik, garis panduan hiburan JAKIM dikeluarkan sebagai saranan, bukan undang-undang yang bakal disaman jika tidak diikuti, sekadar mengelakkan fitnah dan menjaga fitrah agama Islam yang dipegang audience yang dah memang membawa watak dan mengaku Islam, di lapangan hiburan.

Garis Panduan Hiburan JAKIM (2nd Edition)
1. Pengasingan pengunjung lelaki dari perempuan
2. Sekat muzik/ lirik berunsur sembahan agama
3. Penyanyi mesti tutup aurat, kemas, sopan
4. Tidak membawa watak berlainan jantina
5. Tidak menyentuh sensitiviti agama
6. Tidak berunsur lucah, termasuk tarian

PDF Garis Panduan Hiburan Dalam Islam Edisi Ke-2
Klik sini (JAKIM)
Jobdirumah Review
Jobdirumah Review