Pasal minuman kopi, CoffeRich Cafe menggunakan kopi tempatan jenama Kopi Satu. Dibekalkan FAMA, Kopi Satu yang digunakan CoffeRich sangat bermutu tinggi, mengejutkan setanding dengan kualiti kopi antarabangsa, dan ramai menyukai rasa dan aroma kopi ini.
CoffeRich dalam rangka kerja menstabilkan perniagaan dan kalau segalanya lancar, CoffeRich akan membuka cawangan lain dan tentunya membuka peluang pelaburan kepada peminat dan orang awam yang berminat untuk menjadi pemodal.
CoffeRich Cafe
AEON Cheras Selatan
- Kopi
- 26 jenis ice blended
- Sandwich, sosej, nasi lemak