Hari ini, lagubestbest terjumpa sesuatu di laman twitter; url extension music.twitter.com. Yup, twitter mengambil langkah terbaru memperkenalkan satu laman channel khas 'Twitter Music' untuk muzik. Setakat hari ini, apa yang ada hanyalah laman hitam dengan logo burung twitter warna biru dan butang 'sign-in' di tengah-tengah yang masih belum boleh digunakan.
Mengikut beberapa sumber, Twitter Music bukan mahu menjadi satu lagi gedung muzik online seperti kebanyakan aplikasi sedia ada kini di smartphones dan web. Twitter Music lebih kepada ruang carian, memberikan cadangan lagu-lagu single (muzik/ album muzik) bersesuaian dengan rakan-rakan yang anda follow. Kalau majoriti rakan-rakan twitter anda dengar lagu jiwang, kemungkinan besar anda juga akan dicadangkan secara automatik kepada updates terbaru oleh artis-artis yang menyanyikan lagu jiwang. Kalau ramai rakan anda suka/ follow penyanyi nasyid, lagu nasyid lah anda akan dapat. Harap akan ada setting untuk pengguna 'tick' memilih genre muzik kegemaran.
Untuk dengar muzik, Twitter Music akan berikan url sambungan yang boleh diklik untuk ke aplikasi pihak ketiga seperti Souncloud, iTunes dan Vevo.
Untuk dengar muzik, Twitter Music akan berikan url sambungan yang boleh diklik untuk ke aplikasi pihak ketiga seperti Souncloud, iTunes dan Vevo.
Kalau anda rasa tak boleh tunggu, tengoklah dulu di laman Twitter Music ini.