Scha Al Yahya dan AG Hotfm mengacarakan pentas konsert AJL28 dengan baik, diselang seli dengan persembahan pentas oleh Hazama, Shila Amzah, Mus May dan DJ Fuzz pada awal majlis. Kemudian, semua 12 calon akhir AJL28 berentap menampilkan nyanyian Live masing-masing.
Tahniah kepada empat pemenang pada AJL28 kali ini (Januari 2014):
Juara AJL 28: Hafiz Suip
Lagu Bahagiamu Deritaku
Komposer: LY
Lirik: Baiduri
Hadiah RM30,000 dan Trofi

Naib Juara: Hyper Act
Lagu Hanya Aku
Komposer: Hyper Act
Lirik: Frozen
Hadiah RM15,000 dan Trofi

Tempat Ketiga: Awi Rafael & Altimet
Lagu Kalau Aku Kaya
Komposer: Omar K & Audi Mok
Lirik: Altimet
Hadiah RM12,000 dan Trofi
Vokal Terbaik: Jaclyn Victor
Ikut Rentakku
Hadiah RM10,000 dan Trofi

Persembahan Terbaik: Hafiz
Lagu Bahagiamu Deritaku
Hadiah RM10,000 dan Trofi
Kesimpulan? Selepas zaman Siti Nurhaliza, kini kalau tak Yuna, Hafiz lah yang akan jadi juara.