Selalunya, Nana meneruskan karier dengan menerima nyanyi melalui undangan nyanyian di majlis-majlis dengan purata 'setiap minggu'. Begitupun, Nana juga giat dengan bidang baru, perniagaan tudung dan pakaian muslimah yang dilakukan menerusi facebook dan booth bergerak di pesta-pesta / majlis universiti.
Duet Dengan Aliff Aziz
Nana kini sedang dalam proses menyiapkan lagu terbaru persetujuannya berkolaborasi dengan penyanyi hit Aliff Aziz.
Ini bukanlah kali Nana muncul dengan lagu duet selepas pemergian Achik Spin. Sebelum ini Nana pernah ada dua lagu duet/ feat. seperti
1. Kerna Apa Kau Begitu - feat. Vince
2. Biar Seperti Bidadari - feat. Daddy Dores

Tiada Cinta Sepertimu
Dibawah penerbitan FMC Music, Nana dan Aliff Aziz bakal muncul dengan lagu terbaru 'Tak ada Cinta Sepertimu'. Lagu dicipta Mawar Putih ini masih berkisar tentang cinta, dan ada unsur kerohanian yang bakal memberikan kelainan dari segi penghayatan lagu.