
Kalau fikir loqik pun, syarat tu memang sesuai pun sebab lagu yang ada feat. Pitbull pasti akan mendapat kejayaan segera. Untuk rekod Pitbull (rekod tahun 2013) telah berjaya menjual lebih 40juta lagu single dan lebih 5juta album.

Nak berjaya macam Pitbull? Rahsianya? Pitbull tampil dengan lagu yang sangat original berbanding rappers lain di Miami. Pitbull juga tidak hanya meletakkan diri dalam kepompong genre rap, malah dengan sikapnya yang menghargai kepelbagaian muzik, Pitbull berjaya melangkah masuk ke dalam penerimaan peminat pop, genre terbesar muzik, tempat letaknya semua 'punca rezeki' yang dicapai Pitbull sekarang.