
Adeline Tsen pelakon yang dah agak lama di scene drama di Malaysia ni. Walaupun kebanyakannya bukan sebagai watak utama, tapi lakonan Adeline Tsen agak berkesan juga. Kejayaan terbaru menerusi telemovie Rindu Awak 200% yang menang pelbagai anugerah.

Ramai tidak tahu, Adeline Tsen masa remajanya dulu banyak habiskan waktu dengan hobi menyanyi. Namun rezeki menerusi lakonan lebih menyerlah.

Tapi Adeline Tsen tidak pernah melupakan minat asalnya untuk menyanyi. Mungkin pada tahun depan (tahun 2016 ke?), Adeline Tsen akan muncul dengan lagu single pertamanya, dengan kolabrasi seorang penyanyi tanahair.
