5 Aug 2015

AF2015 Bukti Akademi Fantasia ASTRO Terus Relevan

AF2015 dah mula bersiaran, bukti AF terus relevan dalam mencari bintang muzik baru disamping terus mengekalkan prestij no. 1 program realiti di Malaysia. Format Akademi Fantasia masih sama, tenaga pengajar pun masih menampilkan nama-nama yang cukup sinonim dengan AF sebelum-sebelum ini.

AF 2015 Edry dan Tenaga Pengajar

Pembaharuan AF2015
Pelajar yang masuk AF ada imej tersendiri, jadi untuk menonjolkan bakat mereka sesuai dengan identiti masing-masing, AF2015 bakal memberi kebebasan bagi pelajar memilih dan menentukan idea persembahan mereka. Tenaga pengajar tidak lagi memberi arahan, hanya bertindak membantu, membimbing / tempat rujukan.

AF adalah pertandingan populariti (undian sms penonton), jadi undian masuk adalah rasional bagi memberi peluang kedua kepada pelajar yang berbakat dan sepatutnya layak, untuk meneruskan perjalanan mereka dalam program AF 2015.

Ada kejutan dalam konsert mingguan pertama AF pada 9 Ogos 2015 nanti. Jumlah pelajar yang layak bertanding (dari 16 nama akhir) juga akan diumumkan pada malam konsert penentuan nanti.

Pengetua AF 2015
Edry (KRU) Abdul Halim

Tenaga Pengajar AF2015

Acis - Pengarah muzik konsert
Shahrol - Guru vokal
Fatimah Abu Bakar - Guru Motivasi dan Bahasa Inggeris
Linda Jasmin - Guru tarian dan kareografi
Fauziah Nawi - Guru seni persembahan
Que Haidar - Guru pementasan

Pengacara AF2015
Zizan Razak & Faizal Ismail - Pengacara Mingguan Konsert AF 2015
Nana Mahazan - Pengacara Diari AF 2015

Juri Juara / Tetap AF2015
Stacy
Joe Flizzow

Siaran TV AF 2015
AF 2015 akan bersiaran menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
Diari AF 2015 - Isnin hingga Jumaat, 9pm mulai 9 Ogos 2015.
Konsert Mingguan AF 2015 - Setiap Ahad, 9pm mulai 9 Ogos 2015 langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)
Jobdirumah Review
Jobdirumah Review