2 Jul 2015

Apple Music (Malaysia) RM15 Individual / RM22 Family Sharing / Free 3 Months Trial

Apple Inc dah keluarkan update untuk iOS 8.4 membawa bersamanya servis penstriman muzik ditunggu ramai, Apple Music, kepada pengguna seluruh dunia termasuk Malaysia. Langganan Apple Music ditetapkan pada kadar:
1. US$3.99 (RM15.01) - individual users
2. US$5.99 (RM22.53) - family sharing

Apple Music Malaysia

Apple Music
Applikasi streaming muzik Apple Music hadir sebaik sahaja pengguna membuat kemaskini iOS 8 kepada iOS versi 8.4. Sebaik saja pengguna membuka dan memilih untuk mendaftarkan diri (signup) untuk menggunakan Apple Music, pengguna akan diberikan percubaan percuma selama 3 bulan. Selepas itu, pengguna boleh memilih untuk melanggan pakej individu ataupun perkonsian keluarga (kongsi guna Apple Music untuk maksimum 5 gajet).

Radio
Untuk guna Apple Music pakej Family Sharing, pengguna perlu mengaktifkan iCloud Family Sharing. Pelanggan berbayar Apple Music boleh download lagu untuk dimainkan secara offline. Manakala pengguna percuma masih boleh dengar Radio Stations dengan sound sedikit kurang kualiti.

Connect
Apple Music juga memperkenalkan ciri baru Connect, membolehkan artis upload lagu, gambar dan mesej kepada peminat. Sama macam blog yang peminat boleh follow / subscribe, like atau komen terhadap posting.

Siri juga kini dikemaskini dan diintegrasi kepada Apple Music. Pengguna boleh arahkan Siri untuk memainkan lagu-lagu mengikut tracks atau nama penyanyi. Siri juga kini mampu menerima arahan lebih umum seperti, "Siri, play me the most retweeted tracks on June 2015".

Apple sebenarnya lambat masuk dalam pasaran penstriman muzik, walaupun pernah menjadi pencetus muzik mp3 digital melalui penciptaan iPod dan iTunes. Bagainamapun Apple Music diharap dapat memberi kemudahan penstriman muzik yang lebih mudah dan berpadu.
Jobdirumah Review
Jobdirumah Review